Ahad, 26 Oktober 2014

Berminat nak jadi dropship tp tak tahu apa itu dropsip dan bagaimana cara nya?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Apa itu dropship? Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Sumber google..

Okey, untuk menjelaskan tentang konsepni sha cipta watak dan satu syarikat.  Watak utama adalah si Salmah dan Syarikat ABC. Ceritanya..

Salmah nak berniaga, tapi dia tak ada modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropshipSyarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.

Salmah pun diberi maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualanSyarikat ABC. lepas tu Salmah pun mula kempen di blog, di FB, kempen dengan jiran, kempen dengan kawan sekerja, atau kempen di mana-manalah..

Kempen punya kempen, ada pelanggan yang nak membeli barang dari Salmah.Salmah pun ambil order dan bayaran. Lepas tu Salmah beri pula maklumat tempahan tu pada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Menarikkan? Harap anda semua berjaya menghayati watak Salmah tu ye.. ekekeke..

utk menjadi agent dropship yg berjaya?
sms dropship ke 019 3246887 (sha) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan